Ozil perlu bertarung merebut tempatnya selepas gagal berada dalam senarai skuad menentang Standard Liege

MASA DEPAN perancang berbisa Arsenal masih menjadi tanda tanya dan Emery tegaskan bahawa Ozil perlu berjuang untuk tempatnya.


Pengendali Arsenal, Unai Emery memberitahu Mesut Ozil bahawa dia perlu menghadapi persaingan untuk mendapatkan tempatnya dalam pasukan selepas ditinggalkan dari skuad yang menentang Standard Liege bagi saingan Liga Europa Jumaat lalu.

Ozil tidak berada dalam skuad ketika The Gunners yang melakarkan kemenangan 4-0 di Stadium Emirates dengan Gabriel Martinelli menjaringkan gol dua, sebelum dua gol seterusnya dijaringkan oleh Joe Willock dan Dani Ceballos.

Pemain berusia 30 tahun itu hanya beraksi dua kali musim ini, dalam pertandingan Liga Perdana ketika seri 2-2 menentang Watford dan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala EFL minggu lalu menentang Nottingham Forest, di mana dia merupakan kapten pasukan.

Ozil merupakan kapten ketika perlawanan menentang Nottingham Forest sebelum dikeluarkan.
Emery telah memberitahu pemain playmaker itu supaya bekerja keras untuk memenangi semula tempatnya untuk perlawanan liga Ahad (hari ini) dilaman sendiri menentang Bournemouth.

Pada sidang media yang diadakan pada selepas perlawanan Liga Europa, beliau telah menjelaskan bahawa dia telah memilih pemain terbaik untuk setiap perlawanan, termasuklah perlawanan menentang Standard Liege.

Dan beliau turut menyatakan bahawa pemain yang diturunkan dan disenaraikan adalah lebih layak bermain berbanding Ozil pada perlawanan tersebut (menentang Standard Liege).

I am thinking every time to decide the best players for each match, and the best players in the squad to play and to help us. If I decided he is not in the squad, it's because I think another player deserved it more.
- Unai Emery 

Malah Emery turut menegaskan bahawa Ozil perlu bekerja lebih keras lagi bagi mendapat tempat dalam pasukan ketika ini dan tiada jaminan untuk pemain itu walaupun diberikan jawatan kapten pasukan (kapten kelima pasukan).

Continue working. Tomorrow [Friday], we have training, and Sunday we have another match and we are going to decide the same: the best team possible to achieve our target, which is to win on Sunday and adapt to the difficulty of Bournemouth.
- Unai Emery  



Selain itu, Emery gembira dengan prestasi Martinelli, yang telah menjaringkan dua gol dalam kemenangan ke atas Nottingham Forest, walaupun beliau tidak percaya kedudukan terbaik remaja itu sebagai penyerang utama.

Martinelli cemerlang dalam dua perlawanan - ketika menentang Nottingham Forest dan juga Standard Liege.
"Dia bermain dalam pra-musim bersama kami dan setiap sesi latihan, dia menunjukkan dia 'lapar' untuk bersama kami," kata Emery.

"Kepantasan dia sangat mengagumkan dan, pada pra-musim, dia bermain dalam kedudukan yang berbeza. Dia lebih suka memainkan sayap kiri tetapi dia juga bermain sebagai sayap kanan, dia bermain sebagai penyerang di Brazil, bukan kedudukan terbaik untuknya.

"Perkara pertama dalam fikirannya adalah untuk membantu kami, persembahannya malam ini dan sikapnya sangat luar biasa. 

"Ketika pra-musim dia begitu sempurna bersama kami dalam sepanjang latihan, bermain dan saya bercakap dengannya sekiranya dia terus berlatih dan dengan 'kelaparan' dia akan menjadi lebih baik.

"Sasaran kami untuk musim ini sangat penting untuk dicapai, tetapi setiap perlawanan untuk pemain muda, apabila mereka mempunyai peluang untuk bermain, jika mereka bermain seperti yang dilakukan pada malam ini, mereka layak berada bersama kami.

"Perlawanan seperti malam ini adalah persaingan penting selepas Liga Perdana dan mereka layak berada dalam perlawanan seterusnya dengan kami. "

Tierney cemerlang pada aksi menentang Standar Liege.
Emery juga gembira dengan prestasi yang dipamerkan Kieran Tierney yang telah menghasilkan bantuan gol untuk jaringan pembukaan oleh Martinelli.

"Selepas kecederaannya, dia kembali dengan sikap yang baik, dia bermain minggu lalu menentang Nottingham Forest selama 80 minit," jelas Emery mengenai bek kiri The Gunners itu.

"Ia satu persembahan yang baik dan malam ini adalah persembahan yang baik, kami adalah pasukan yang lebih baik dan berdaya saing dengannya dan Sead Kolasinac di bahagian kiri, kami sangat gembira dengannya."

Arsenal akan berdepan Bournemouth malam ini dan anda boleh membaca mengenai fakta-fakta menarik perlawanan serta ramalan kesebelasan Arsenal pada pautan berikut:




Post a Comment

Previous Post Next Post