5 kesilapan dan kegagalan Arsene Wenger dalam mengharungi era moden.

Arsene Wenger, seorang pengurus lagenda yang tidak dapat dinafikan banyak mengubah Arsenal semenjak kehadirannya sehingga kini.

Walaupun tidak lagi mempunyai kaitan dengan Arsenal, namun sukar untuk kita menidakkan jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan beliau.

Suka atau tidak, beliau adalah insan yang bertanggungjawab dalam meletakkan asas kepada pencapaian dan kemajuan Arsenal yang dikenali sekarang. 

Pun begitu, terdapat juga perdebatan mengenai pencapaian (kejayaan) yang dicipta Arsenal sebelum dan selepas kehadiran Wenger, namun perkara ini akan kami ulas dalam posting lain.

Wenger menamatkan tempoh 22 tahun sebagai pengurus Arsenal selepas mengundurkan diri di penghujung musim 2017/18.

Pertengahan 2017, Wenger telah membawa masuk dua pemain iaitu Alexandre Lacazette dengan bayaran £ 45 juta, pemain yang paling mahal pernah dibeli kelab pada ketika itu dan Sead Kolasinac secara percuma dari Schalke 04.

Dan pada 6 Ogos, Wenger memenangi Perisai Komuniti ke-7 sebagai pengurus ketika Arsenal mengalahkan Chelsea 4-1 menerusi sepakan penalti berikutan terikat 1-1 tamat waktu penuh perlawanan. 

Dalam saingan Piala FA 2017/18, Arsenal tersingkir lebih awal setelah mengalami kekalahan kepada Nottingham Forest pada pusingan ketiga dan sekali lagi menamatkan di luar empat teratas dalam saingan Liga Perdana. 

The Gunners ketika itu juga bergelut dalam usaha mengekalkan Sanchez, yang menyuarakan hasratnya untuk berpindah dan Wenger membenarkan perpindahannya ke Manchester United pada Januari 2018, di mana Arsenal menerima Henrikh Mkhitaryan dalam perjanjian pertukaran. 

Akhir bulan itu, Wenger menandatangani Pierre-Emerick Aubameyang dengan bayaran rekod termahal kelab sebanyak 56 juta pound

Namun, penambahan itu tidak membantu persembahan dan prestasi Arsenal sebagai satu pasukan, dan pada 20 April, Wenger mengumumkan akan mengundurkan diri sebagai pengurus Arsenal pada akhir musim 2017/18. 

Perlawanan terakhir Wenger di Stadium Emirates adalah kemenangan 5-0 menentang Burnley pada 6 Mei, di mana beliau telah menerima penghormatan sebelum perlawanan dan dihadiahkan trofi mini iaitu replika emas trofi Liga Perdana yang dimenanginya pada musim Invincibles 2003/04 sebagai hadiah dari Arsenal. 

Wenger secara rasmi mengakhiri tugasnya dengan kemenangan 1-0 menentang Huddersfield Town ditempat lawan.

Beliau kemudian mendedahkan bahawa dia mahu kekal di kelab itu sehingga tamat kontraknya, tetapi kelab menganggap adalah lebih baik dia pergi ketika itu. 

Beliau menggambarkan permusuhan yang dihadapinya dari ahli lembaga pengarah dan peminat sebagai tidak wajar dan 'penyingkirannya' adalah "sangat kasar" dan "sangat kejam". 

Kehilangan kepercayaan kepada Wenger disebabkan taktikal lapuk dan ketingalan zaman, ditambah dengan pencapaian menamatkan saingan ditangga keenam liga membuatkan dirinya tidak lagi relevan di Emirates.

Itulah apa yang disuarakan peminat dan penyokong yang begitu kuat mendesak Wenger untuk meletak jawatan.

Mereka mahukan pembaharuan, seorang yang mampu membawa Arsenal dengan taktikal baharu dan sesuai dengan bolasepak moden.

Berikut kami bawakan lima kesilapan dan kegagalan Wenger dalam mengharungi era moden bolasepak.

1. Semua orang berjaya menakluki pasaran Perancis

Ketika Wenger tiba di Arsenal, pencari bakat ataupun scouting bukanlah pekerjaan berasaskan algoritma yang menggunakan statistik sebagaimana yang kita lihat hari ini. Selain itu, pemain-pemain Perancis tidak begitu dikenali sebagai berkelas dunia pada ketika itu.

Mereka sama dengan Sepanyol pra-2008, berbakat tetapi tidak begitu berjaya (yang mana ianya berubah pada tahun 1998).

Oleh itu, untuk mengetahui bakat yang tersembunyi di dalam dan di sekitar pasukan kebangsaan Perancis, anda haruslah orang Perancis dan hanya ada seorang pengurus Perancis sahaja di planet ini pada masa itu yang mengendalikan kelab yang cukup besar untuk menarik pemain Perancis berkumpul disatu tempat.

Wenger tahu semua tentang pemain Perancis yang tersebar (berada) di seluruh dunia. Beliau dapat merasakan kehebatan akan menjadi kenyataan satu hari nanti.

Dan ini terbukti apabila hanya dalam beberapa tahun setelah tiba di kelab, dia menandatangani Vieira, Anelka, Petit, Pires dan Henry - yang menjadi sebab utama mengapa Arsenal berjaya pada tahun-tahun tersebut.

Tetapi pada awal tahun 2000-an, kelab-kelab lain telah mengikuti keseluruhan pendekatan "permata tersembunyi", dan semua pihak mula menyusun semula pendekatan pencarian bakat (scout) mereka, selain memperolehi keuntungan di pasaran perpindahan pemain. Dan tiba-tiba 'keistimewaan dan kehebatan' Wenger mulai padam.

Pada masa ini Wenger tidak memiliki peluang untuk mendapatkan bakat ataupun pemain Perancis yang hebat, bahkan beliau mengakui kehilangan beberapa nama besar seperti Mbappe, Lemar, Martial dan lain-lain.

Wenger kehilangan 'taring' dalam memonopoli pengetahuan pasaran bolasepak Perancis.

Inilah kesilapan dan kegagalan pertama Arsene Wenger dalam era bolasepak moden.

bahagian akhir

Post a Comment

Previous Post Next Post