2. Rekod liga Wenger terlalu konsisten
Terlalu banyak telah kami bincangkan perkara ini dalam beberapa artikel sebelum ini, tetapi pada dasarnya penting untuk melihat trend sejarah untuk meramalkan kemungkinan masa depan.
Asas masalah kepada pungutan mata adalah seperti ini, untuk memenangi Liga Perdana, anda memerlukan sekurang-kurangnya 80 mata dalam satu musim.
Ini disokong oleh kenyataan bahawa setiap pemenang (juara liga) sejak tahun 1999 telah memperolehi sekurang-kurangnya 80 mata.
Musim | Juara | Jumlah Mata |
---|---|---|
1992–93 | Manchester United | 84 |
1993–94 | Manchester United | 92 |
1994–95 | Blackburn Rovers | 89 |
1995–96 | Manchester United | 82 |
1996–97 | Manchester United | 75 |
1997–98 | Arsenal | 78 |
1998–99 | Manchester United | 79 |
1999–2000 | Manchester United | 91 |
2000–01 | Manchester United | 80 |
2001–02 | Arsenal | 87 |
2002–03 | Manchester United | 83 |
2003–04 | Arsenal | 90 |
2004–05 | Chelsea | 95 |
2005–06 | Chelsea | 91 |
2006–07 | Manchester United | 89 |
2007–08 | Newcastle United | 87 |
2008–09 | Newcastle United | 90 |
2009–10 | Chelsea | 86 |
2010–11 | Manchester United | 80 |
2011–12 | Manchester City | 89 |
2012–13 | Manchester United | 89 |
2013–14 | Manchester City | 86 |
2014–15 | Chelsea | 87 |
2015–16 | Leicester City | 81 |
2016–17 | Chelsea | 93 |
2017–18 | Manchester City | 100 |
2018–19 | Manchester City | 98 |
2019–20 | Liverpool | 99 |
2020–21 | Manchester City | 83 |
Walau bagaimanapun, Wenger hanya pernah mencapai 80+ mata empat kali dalam keseluruhan kariernya di Arsenal dengan kali terakhir adalah pada tahun 2008.
Purata mata yang diperolehi Arsenal sejak kali terakhir memenangi liga adalah sekitar 73-74 mata setiap musim, yang mana ianya tidak cukup untuk kita mencabar ataupun merebut kejuaraan.
Bahagian yang menarik tentang ini adalah bahawa Wenger sangat konsisten dan beliau mempu mencatatkan ataupun memperolehi sekitar 73-74 mata setiap musim tanpa mengira pemain apa yang dimiliki. Keadaan luar biasa walaupun dengan hanya memiliki gandingan Chamakh dan Denilson, sama seperti halnya beliau memiliki gandingan Ozil dan Sanchez.
Musim | P | M | S | K | J | B | Mt | Ked. |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1996–97 | 38 | 19 | 11 | 8 | 62 | 32 | 68 | 3rd |
1997–98 | 38 | 23 | 9 | 6 | 68 | 33 | 78 | 1st |
1998–99 | 38 | 22 | 12 | 4 | 59 | 17 | 78 | 2nd |
1999–2000 | 38 | 22 | 7 | 9 | 73 | 43 | 73 | 2nd |
2000–01 | 38 | 20 | 10 | 8 | 63 | 38 | 70 | 2nd |
2001–02 | 38 | 26 | 9 | 3 | 79 | 36 | 87 | 1st |
2002–03 | 38 | 23 | 9 | 6 | 85 | 42 | 78 | 2nd |
2003–04 | 38 | 26 | 12 | 0 | 73 | 26 | 90 | 1st |
2004–05 | 38 | 25 | 8 | 5 | 87 | 36 | 83 | 2nd |
2005–06 | 38 | 20 | 7 | 11 | 68 | 31 | 67 | 4th |
2006–07 | 38 | 19 | 11 | 8 | 63 | 35 | 68 | 4th |
2007–08 | 38 | 24 | 11 | 3 | 74 | 31 | 83 | 3rd |
2008–09 | 38 | 20 | 12 | 6 | 68 | 37 | 72 | 4th |
2009–10 | 38 | 23 | 6 | 9 | 83 | 41 | 75 | 3rd |
2010–11 | 38 | 19 | 11 | 8 | 72 | 43 | 68 | 4th |
2011–12 | 38 | 21 | 7 | 10 | 74 | 49 | 70 | 3rd |
2012–13 | 38 | 21 | 10 | 7 | 72 | 37 | 73 | 4th |
2013–14 | 38 | 24 | 7 | 7 | 68 | 41 | 79 | 4th |
2014–15 | 38 | 22 | 9 | 7 | 71 | 36 | 75 | 3rd |
2015–16 | 38 | 20 | 11 | 7 | 65 | 36 | 71 | 2nd |
2016–17 | 38 | 23 | 6 | 9 | 77 | 44 | 75 | 5th |
2017–18 | 38 | 19 | 6 | 13 | 74 | 51 | 63 | 6th |
2018–19 | 38 | 21 | 7 | 10 | 73 | 51 | 70 | 5th |
2019–20 | 38 | 14 | 14 | 10 | 56 | 48 | 56 | 8th |
Dengan kata lain, tidak kira siapa yang kita tandatangani... Kemampuan pengurusan maksimum Wenger nampaknya hanya pada sekitar 73-74 mata dalam liga. Kecuali setiap pasukan lain mempunyai musim buruk, kita tidak akan memenangi liga dalam masa terdekat dengan hanya 74 mata.
Manchester United pada musim 1996/97 menjuarai liga dengan mata terendah dalam sejarah apabila merekodkan 75 mata sahaja. Dan itulah kali terakhir kita melihat mata serendah itu untuk pasukan muncul juara.
3. Berpegang teguh pada moral kewangan yang sihat
Tidak dapat dinafikan bahawa Arsenal adalah salah satu kelab terkaya di dunia dan ini dapat disaksikan melalui report yang dikeluarkan oleh Forbes - list of the most valuabe football clubs, yang menunjukkan Arsenal dari tahun 2007- 2011 berada ditangga ketiga kelab terkaya.
Sepanjang tempoh tersebut (2007-2011), Arsenal hanya berada dibawah Manchester United dan Real Madrid yang sentiasa mengungguli kedudukan teratas.
Chelsea dan PSG ketika itu jauh ketinggalan, namun kita tetap bergelut dan berjuang untuk bersaing secara kewangan dengan salah satu kelab tersebut.
Tahun | Ranking | Value (juta) |
---|---|---|
2007 | 3 | 915 |
2008 | 3 | 1,200 |
2009 | 3 | 1,200 |
2010 | 3 | 1,181 |
2011 | 3 | 1,192 |
2012 | 4 | 1,292 |
2013 | 4 | 1,326 |
2014 | 5 | 1,331 |
2015 | 7 | 1,310 |
2016 | 5 | 2,017 |
2017 | 6 | 1,932 |
2018 | 6 | 2,238 |
2019 | 7 | 2,268 |
Kaya tidak bermaksud memiliki tunai yang banyak secara automatik. Tetapi itu tidak menjadi masalah, kerana aset dan pengaruh komersial dapat digunakan dengan mudah untuk mendapatkan suntikan tunai terhadap pembelian pemain.
Tetapi Arsenal tidak berbuat demikian. Selama bertahun-tahun kita mengulangi falsafah "kesinambungan diri", dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah dan ini menyebabkan Arsenal sering kali 'terkandas' dalam pasaran perpindahan.
Pembinaan Stadium Emirates juga menjadi satu 'bebanan' kewangan dimana Arsenal terpaksa menggunakan duit sendiri dengan cara berhutang dalam membina stadium baharu (bukan melalui penajaan atau sebagainya).
Tidak ada peraturan yang mengatakan bahawa anda harus membiayai stadium baharu dengan wang anda sendiri. Tidak ada peraturan seperti itu yang berlaku pada pertengahan 2000-an ketika Chelsea membelanjakan berbilion-bilion pound untuk pemain baharu setiap tahun.
Namun Arsenal tetap Arsenal... ataupun Arsenal itu Arsene Wenger yang kekal dengan pendirian dan mampu menguruskan sesebuah pasukan tanpa berbelanja mewah.
Itulah kehebatan Wenger nampun belum cukup hebat untuk menyaingi kelab-kelab lain dalam era bolasepak moden.
Mungkin masa tidak begitu menyebelahi beliau sebagaimana musim 2015/16, ketika Wenger begitu hampir membawa kejuaraan liga kepada Arsenal.
Namun Leicester City lebih bernasih baik untuk muncul juara dan kejuaraan The Foxes itu juga bagaikan membuktikan kebenaran teori dan falsafah Wenger untuk menjadi juara tanpa perlu bebelanja mewah.
Pun begitu, Arsenal bukanlah Leicester City, Arsenal adalah sebuah kelab yang penuh dengan kekayaan sejarah dan pencapaian besar yang perlu diteruskan.
4. Satu-satunya yang kekal dalam banyak-banyak perubahan
Banyak perkara telah berubah sejak tahun 1996 dengan kita menyaksikan pihak pengurusan dan pemegang saham semuanya telah berbeza.
Arsenal memliki pemain berbeza, kakitangannya berbeza, stadium berbeza, kemudahan latihan kita juga berbeza daripada apa yang pernah kita miliki sebelum ini.
Malah logo Arsenal juga mengalami perubahan namun hanya satu yang tidak berubah, Arsene Wenger.
Tidak dapat dinafikan kehebatan Wenger, namun apabila gagal menterjemahkan kejayaan setidak-tidaknya sekali menjulang Piala Eropah mungkin situasi seperti ini tidak berlaku.
Kita pernah mempunyai pasukan pertama yang menampilkan Van Persie dibahagian serangan dan Fabregas di tengah dan kita juga mempunyai pasukan pertama yang menampilkan Bendtner di atas dan Song di tengah, namun kita tidak pernah dapat memecahkan halangan 80 mata itu .
Mungkin masalahnya bukan kepada pemain kita, ataupun mungkin masalahnya adalah bagaimana mereka dimanfaatkan?
Mungkin juga Wenger perlukan masa untuk membina kembali pasukan sebagaimana musim 2003/04.
Namun sanggupkah kita menunggu? Jelas peminat dan penyokong tidak lagi mampu meratip kedudukan empat teratas dan hanya menjadi pelengkap kepada pasukan yang beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.
Peminat dan penyokong perlukan trofi dan kejuaraan utama. Inilah yang gagal diberikan Wenger dalam musim-musim terakhirnya.
5. Kekurangan fleksibiliti taktikal
Rata-rata bekas pemain mendedahkan bahawa sepanjang masa, di bawah Wenger anda mempunyai kebebasan kreatif sepenuhnya.
Beliau juga mahukan para pemain mengekspresikan diri untuk menjadi diri anda sendiri di atas padang.
Tetapi ini juga bermaksud pemain dibiarkan untuk mengetahui peranan mereka sendiri, dengan arahan taktikal sangat terhad ketika di atas padang, melainkan dibilik persalinan.
Disini, jelas pemain-pemain yang ada pada zaman ini berbeza dengan apa yang dimiliki Wenger ketika dia membawa pasukan menjuarai liga dan mara ke final Liga Juara-Juara.
Ketika kebanyakan pengurus biasanya membuat sistem berdasarkan pemain yang mereka miliki, Wenger melakukan sebaliknya.
Dia memutuskan sistem apa yang ingin dimainkannya untuk dekad berikutnya dan kemudian membuat pemain menjadi seperti itu (itulah sebabnya mengapa begitu banyak pemain kita selalu dimainkan di luar kedudukan).
Wenger juga enggan mengubah strategi berdasarkan siapa kita bermain. Selama sepuluh tahun, beliau bermain berdasarkan formasi yang sama 4-2-3-1 tanpa mengira siapa lawan. Dan lebih teruk lagi, beliau melakukan perkara yang sama berulang kali mengharapkan perubahan ajaib melalui keputusan yang akan dicatatkan.
Terakhir, di mana pengurus lain akan mendekati permainan dengan arahan diberikan kepada pemain tertentu (contohnya mengarahkan pemain anda untuk mengawal pemain tengah terbaik lawan bagi membawanya keluar dari permainan), Wenger berpegang teguh pada zonal marking.
Hasilnya, Arsenal menjadi pasukan yang dapat dan mudah diramalkan, dan pasukan lain tahu dengan tepat bagaimana meningkatkan peluang mereka untuk mengalahkan kita secara drastik.
Tekanan tinggi telah menjadi ancaman kepada Wenger selama bertahun-tahun semenjak ketibaannya dan beliau tidak pernah menemui jalan untuk mengatasi masalah tersebut.
KESIMPULAN
Poin-poin diatas diulas berdasarkan apa yang peminat dan penyokong rasakan mengenai mengapa Wenger tidak lagi relevan untuk terus menguruskan Arsenal.
Tetapi rasanya sangat teruk dan bagaikan tidak menghormati berdasarkan apa yang diberikan beliau selama ini.
Cacian dan makian jelas kita tidak memberikan rasa hormat kepada insan yang telah banyak berkorban kepada Arsenal. Beliau berhak mendapat banyak penghargaan kerana menjadi seorang pengurus yang hebat walaupun mengalami kekangan kewangan dalam membina pasukan (membawa pemain-pemain berkualiti).
Sekarang adakah kita meratapi pemergian Wenger?