Hanya The Gunners dilaporkan telah memulakan hubungan untuk menandatangani pemain Fiorentina.
Drama perpindahan Dusan Vlahovic berterusan dengan Arsenal berulang kali disebut dan dikaitkan dengan usaha untuk menandatangani pemain Fiorentina itu.
Awal November menyaksikan dakwaan dari Itali, menjelaskan bahawa The Gunners telah mencapai persetujuan secara dasar mengenai perpindahan pemain itu bersama La Viola.
Tetapi pemain dan ejennya tidak berminat untuk berpindah ke Liga Perdana Inggeris, terutamanya Arsenal, pada ketika itu.
Nilai persetujuan untuk melengkapkan perpindahan tersebut dilaporkan sekitar €80 juta, sekali gus mengejutkan ramai pihak, terutamanya dikalangan peminat dan penyokong The Gunners.
Kemudian dilaporkan bahawa Fiorentina (sekurang-kurangnya pada masa itu), dijangka akan meminta bayaran sekitar €50-70 juta, walaupun terdapat beberapa dakwaan melaporkan harga yang jauh lebih rendah dari nilai tersebut.
Menawarkan €80 juta, tanpa pemain mempunyai keinginan berpindah boleh menjadi sesuatu yang dapat dipertikaikan kerana adalah mustahil untuk mendapatkan seorang pemain tanpa berunding terlebih dahulu dengannya.
Ini semua kelihatan seperti usaha Fiorentina untuk mendapatkan nilai yang lebih tinggi (nilai jualan bagi melepaskan pemain itu) dan juga boleh dikatakan kelab Itali itu meletakkan tanda aras bagi nilai pemain tersebut (bagi mana-mana pihak yang berkeinginan untuk menandatanganinya).
Sama ada Arsenal terlibat atau tidak tidak diketahui.
Bagaimanapun, dakwaan dan kaitan Arsenal dengan pemain itu masih berterusan.
Gianluca Di Marizo, bercakap kepada Radio Bruno di Itali dan telah ditanya mengenai situasi perpindahan pemain itu.
Perkara tersebut dilaporkan oleh Fiorentina.it dan memetik dia sebagai berkata: “Pada musim panas terdapat beberapa tawaran konkrit, dengan Atletico Madrid berada di petak pertama.
"Tetapi Commisso [pemilik Fiorentina] memaksa dirinya dengan berharap Vlahovic akan memperbaharui kontraknya.
"Tetapi desakan ejen semakin tinggi dan lebih tinggi untuk tidak memperbaharui.
"Pada bulan Jun, seseorang seperti Vlahovic, walaupun satu tahun dari tarikh akhir [kontrak], boleh bernilai sehingga 50 juta.
"Pada pendapat saya, Juventus akan membuat percubaan pada bulan Jun.
"Sehingga kini, hanya Arsenal yang tampil ke depan tetapi ejen Vlahovic masih belum menjawab telefon."
Komennya itu menjadikan dakwaan €80 juta (sebagaimana dakwaan sebelum ini) adalah tidak masuk akal untuk sesebuah kelab menandatangani pemain itu pada harga tersebut.
Sekiranya betul bahawa Arsenal adalah satu-satunya kelab yang membuat pertanyaan, maka nampaknya ejen Vlahovic cukup kurang sopan dengan mengabaikan sepenuhnya usaha yang telah dibuat oleh The Gunners.
Sekurang-kurangnya, mengangkat telefon dan menjelaskan bahawa mereka tidak berminat, perkara yang dilihat tidak terlalu sukar untuk dilakukan ataupun diucapkan.
Pemain itu ketika ini diwakili oleh International Sports Office (ejen) dan agensi itu turut memiliki sekumpulan besar pemain Serbia dan Vlahovic adalah bintang terbesar mereka.
Dengan itu, sentiasa ada kemungkinan buat mereka untuk bercakap dengan Arsenal mengenai pemain lain pada masa hadapan.
Jadi, janganlah begitu sombong dengan mengabaikan minat seseorang untuk mendapatkan klien.