Mohamed Elneny berminat untuk berpindah ke Galatasaray.

"Satu peluang yang baik” – Ejen kepada Mohamed Elneny mengulas mengenai perpindahan dengan pemain berminat untuk berpindah.

Pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny berminat untuk berpindah ke Galatasaray, tetapi kelab itu bukanlah satu-satunya pasukan Turki yang mahukan mendapatkan tandatangannya.

Itu menurut ejennya William D'avila, yang berkata sebilangan besar kelab Turki sedang bersiap untuk menandatangani pemain Mesir itu.

Kontrak Elneny bersama Arsenal akan tamat pada musim panas depan dan dia tidak mungkin akan menandatangani perjanjian baharu memandangkan peranan yang dimainkannya ketika ini di bawah Mikel Arteta begitu kurang.

Dia boleh berunding untuk perpindahan percuma pada musim panas akan datang di bawah peraturan Bosman dan laporan pada penghujung Oktober menyatakan bahawa Galatasaray sudahpun mempunyai perjanjian pada dasarnya.

Baca: Eleney bakal ke Turki Januari ini.

Bagaimanapun itu tidak bermakna bahawa dia tidak akan berpindah pada bulan Januari, Arsenal kemungkinan besar bersedia melepaskan pemain itu sekiranya menerima sejumlah bayaran walaupun sedikit.

Ini bagi mengelakkan kelab (Arsenal) daripada kerugian besar akibat perpindahan secara percuma pemain tengah itu.

Perkara itu nampaknya tidak mustahil kerana menurut pendedahan ejen Elneny, terdapat banyak pihak dari Turki yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Mesir ini.

“Galatasaray adalah kelab yang sangat besar, ia menunjukkan prestasi yang baik dalam Piala Eropah dan menjadi salah satu pesaing terbesar untuk kejuaraan setiap tahun. 

"Ia peluang yang baik untuk Elneny, jadi dia mahu bermain untuk Galatasaray,” katanya kepada Radyospor, sebagaimana diterbitkan Sporx.

"Saya melihat Galatasaray setiap minggu, kami sudah mempunyai hubungan yang baik, tetapi saya melihat lebih daripada seorang pemain.

“Kontrak Mohamed Elneny akan tamat pada penghujung musim, jadi dia boleh membuat perpindahan penting pada Januari atau menandatangani perjanjian pra-kontrak dengan pasukan untuk musim berikutnya.

“Jadi adalah penting untuk memikirkan perkara itu, kerana dia bebas pada musim panas depan, dia mendapat status percuma. Sudah tentu dia mahu datang ke Turki.

“Selain Galatasaray, Fenerbahce, Basaksehir, Besiktas dan Trabzonspor berminat dengan Elneny. 

"Saya tidak boleh menjawab soalan ini jika Galatasaray adalah satu-satunya pilihan di Turki, sudah tentu Galatasaray mempunyai minat kerana dia [Elneny] akan menjadi ejen bebas, dia pemain bolasepak yang baik, dia tahu Turki, kelebihan dia adalah mengenali Turki.

“Saya boleh katakan bahawa Galatasaray adalah pilihan penting untuknya, tetapi saya tidak boleh berkata lebih lanjut mengenainya kerana masih terlalu awal untuk bercakap.”

Elneny pernah beraksi dalam saingan liga Turki setelah dipinjamkan kepada Besiktas pada musim 2019-2020.

Bersama kelab tersebut beliau telah membuat penampilan yang menggembirakan peminat dan penyokong mereka dimana dia telah melakukan 36 penampilan dengan satu gol serta empat bantuan gol dihasilkan sepanjang tempoh tersebut (semusim).


Post a Comment

Previous Post Next Post