Ejen pemain cuba untuk maju dengan Arsenal bagi menyelesaikan perjanjian, pemain mahu berpindah bagi mencari minit permainan.
Memandangkan Bernd Leno adalah pemain sandaran (backup) hari ini di Arsenal, ia memberi peluang kepada The Gunners untuk menjanakan sedikit wang sementara mereka masih mampu berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, berbuat demikian akan mewujudkan keperluan untuk persaingan di Emirates bagi mencabar Aaron Ramsdale, di mana Neto dari Barcelona mampu melakukannya.
Kisah Arsenal untuk menandatangani Neto bukanlah perkara baru dan perkara ini pernah dilaporkan pada 2019, ketika pemain Brazil itu masih di Valencia dan Unai Emery masih bertanggungjawab di London.
Ketika itu, Plaza Deportiva melaporkan mengenai minat Arsenal dengan tawaran ditolak kerana tidak mencukupi atau memenuhi permintaan mereka untuk penjaga gol itu.
Malah, laporan itu turut mengaitkan Arsenal dengan seorang lagi penjaga gol, Keylor Navas namun tiada maklumat lanjut mengenainya.
Arsenal juga pernah dikaitkan dengan Keylor Navas pada era Unai Emery menjadi pengurus The Gunners. |
Musim panas ini tidak berbeza, dengan beberapa laporan telah muncul bahawa Arsenal mungkin berminat dengan penjaga gol, dengan baru-baru ini mengatakan pemain itu mendekati The Gunners tentang perpindahan.
Perkembangan penjaga gol Barcelona itu terus dilaporkan Sport pada hari Jumaat, menjelaskan pemain Brazil itu mahu berpindah kerana ingin terus bermain dan mungkin ada perjanjian dengan pampasan kewangan jika dia menemui pasukan baharu.
Neto mempunyai beberapa pasukan yang berminat terhadapnya, dengan ia mengatakan pemain itu mempunyai dua tawaran dari Sepanyol, tetapi untuk itu dia mesti ditandatangani secara percuma, manakala ejennya cuba untuk mara bersama Arsenal.
Nampaknya terdapat desakan untuk perkara ini berlaku, yang kemudiannya akan membolehkan Bernd Leno pergi dan mendapatkan tempat permulaan di tempat lain.
Mengenai perkembangan Leno pula, penjaga gol Arsenal itu dilaporkan menerima beberapa tawaran namun tiada perkembangan terkini mengenainya.