Jadual dan keputusan perlawanan Pra Musim Arsenal 2022/23

Jadual pra musim Arsenal 2022/23: lawatan, perlawanan, keputusan dan info.

The Gunners akan melakukan lawatan ke Amerika Syarikat pada musim panas, sebelum kembali ke London untuk kejohanan tahunan Piala Emirates.

Walaupun gagal melayakkan diri untuk aksi Liga Juara-Juara musim depan, Arsenal bagaimanapun menunjukkan peningkatan positif di bawah Mikel Arteta dengan barisan skuad mudanya.

Liga Europa akan menjadi agenda tambahan The Gunners untuk musim baharu - 2022/23, dengan jadual yang lebih padat dan perbelanjaan ambahan juga diperlukan untuk dibelanjakan bagi menambah kekekuatan skuad utama.

Perlawanan pramusim akan memberi peluang kepada mana-mana pemain baharu untuk mencari keserasian dan Arteta berpeluang untuk memikirkan rancangan taktikalnya, dengan sasaran lebih baik pada kempen seterusnya.

Jadual & keputusan pramusim Arsenal 2022/23:

Tarikh Lawan Venue Jenis Keputusan
3 Julai Arsenal vs Ipswich Town London Colney Persahabatan 5-1
8 Julai 1. FC Nürnberg vs Arsenal Max-Morlock-Stadion Persahabatan 3-5
17 Julai Arsenal vs Everton
M&T Bank Stadium
Persahabatan 2-0
21 Julai Arsenal vs Orlando City
Exploria Stadium
Persahabatan 3-1
23 Julai
Arsenal vs Chelsea
Camping World Stadium
Piala Florida 4-0
30 Julai
Arsenal vs Sevilla
Emirates Stadium Piala Emirates 6-0

Kemaskini : 24 Julai 2022, 10.40 pagi.

Tour US 


Post a Comment

Previous Post Next Post