Ketua kelab Serie A bersuara mengenai dakwaan mereka mahukan pemain Arsenal.

Ketua Pemantau Atalanta, Lee Congerton telah mengesahkan bahawa dia telah mengikuti Nuno Tavares dari Arsenal sejak sekian lama, tetapi Marseille kini mendahului perlumbaan.

Susulan laporan mengaitkan Nuno Tavares dengan minat daripada Atalanta sejak beberapa hari kebelakangan ini, pengarah kelab itu Lee Congerton telah bercakap mengenai kemungkinan perpindahan itu.

"Saya telah mengikuti Tavares sejak dia bermain untuk pasukan remaja Benfica, dia seorang pemain yang kuat," kata Congerton. 

"Tetapi Tavares berada di bawah kontrak dengan Arsenal – dan memang sukar untuk menandatangani pemain dari kelab Liga Perdana."

Di Marzio melaporkan bahawa Atalanta telah meletakkan sasaran mereka pada Nuno Tavares dari Arsenal pada musim panas ini.

Tetapi Arsenal meminta sama ada pinjaman langsung tanpa pilihan untuk membeli, atau kewajipan untuk membeli pada harga €40 juta (£34j uta).

Itu membuka pintu kepada Marseille, dengan David Ornstein melaporkan bahawa kelab Perancis itu mahukan pinjaman dan Arsenal akan mempertimbangkan untuk membenarkannya selagi mereka boleh merekrut pemain lain bagi mengisi kekosongan tersebut.

Ini telah dijelaskan dalam laporan semalam, di mana Arsenal hanya akan melepaskan Tavares sekiranya berjaya menandatangani ataupun mendaftar kemasukan baharu.

Arsenal pada tahun lalu menandatangani Tavares pada musim panas dengan bayaran sebanyak £7 juta dari Benfica.

Selepas 28 penampilan musim ini dan memandangkan Tavares berada dalam kontrak jangka panjang, The Gunners jelas merasakan nilainya telah meningkat dengan ketara.

Buat masa ini, itu menjadikan perpindahan ke Atalanta kelihatan tidak mungkin dan masa depan Tavares bersama Arsenal juga masih selamat buat masa ini sebagaimana dilaporkan O Jogo.

Dalam pada itu, Arsenal semakin dikaitkan dengan perpindahan untuk pemain pertahanan Ajax, Lisandro Martinez

Seorang pemain yang boleh beraksi pada posisi bek kiri dan bek tengah serta sesuatu yang digemari Arteta untuk memiliki pemain yang mampu beraksi pada beberapa bahagian.

Pemergian Tavares boleh menyaksikan perpindahan itu menjadi lebih berkemungkinan, atau sebagai alternatif, pembelian Martinez boleh menyaksikan Tavares semakin hampir dengan pintu keluar.

Dan itu mungkin memberi peluang kepada Marseille dan Atalanta untuk mendapatkan khidmat pemain The Gunners ini, hanya sekiranya The Gunners berjaya mendapatkan pengganti terlebih dahulu.

Arsenal difahamkan hanya akan melepaskan Tavares sekiranya berjaya membawa masuk pemain baharu pada posisi tersebut, dengan pertahanan Ajax, Lisandro Martinez kuat dikaitkan dengan perpindahan ke Emirates.

Post a Comment

Previous Post Next Post