No. 14 baharu Arsenal buktikan dia berbisa dengan jaringan hatrik.

Nketiah menjaringkan hatrik dalam kemenangan besar pada aksi persahabatan.

Eddie Nketiah mencipta hatrik ketika The Gunners memulakan program pramusim dengan kemenangan selesa 5-1 ke atas Ipswich Town.

Sambi Lokonga dan Folarin Balogun turut menjaringkan gol dengan Mikel Arteta mula mendapat ketajaman perlawanan dalam skuadnya menjelang beberapa minggu yang sibuk.

Perlawanan persahabatan itu diadakan secara tertutup di London Colney pada hari Sabtu dengan Arteta menggunakan peluang ini untuk menyiapkan pasukannya bagi saingan musim depan.

Dengan ketiadaan beberapa pemain utama ekoran terlibat dengan perlawanan antarabangsa, pengendali Arsenal itu hanya menggunakan pemain yang tersedia.

Ini bermakna Arteta hanya dapat menurunkan pemain seperti Thomas Partey, Ben White dan Nicolas Pepe dalam barisan separuh pertama yang kelihatan kuat, serta sejumlah pemain yang dipinjamkan musim lalu, termasuk Hector Bellerin dan Reiss Nelson.

Eddie Nketiah, yang menggunakan jersi dengan nombor baharu (Nombor 14) The Gunners menjaringkan hatrik pada separuh masa pertama dan turut membantu jaringan Sambi Lokonga, sebelum Folarin Balogun membuat penampilan pada separuh masa kedua untuk melengkapkan kemenangan besar Arsenal.

Nketiah tidak mengambil masa yang lama untuk membuka jaringan apabila tidak sampi 30 saat perlawanan dimulakan untuk dia menjaringkan gol pertama dan tidak lama kemudian dia membantu Sambi Lokonga untuk gol kedua perlawanan.

Gol ketiga Arsenal dijaringkan Nketiah hasil hantaran cantik bermula daripada Pepe sebelum Maitland-Niles menghantarnya kepada No. 14 baharu Arsenal itu untuk gol kedua peribadinya.

Eddie mencipta hatrik pada aksi persahabatan yang pastinya akan meningkatkan kenyakinan pemain muda The Gunners ini.

Nketiah kemudian melengkapkan hatriknya dalam masa 35 minit, dengan gerakan penyudah yang menjadi 'trademark' kepada seorang pemburu liar (poacher).

Menamatkan aksi separuh masa dengan kedudukan 4-0, Arteta menukar keseluruhan barisan pemain untuk separuh masa kedua dan sudah tiba masanya untuk pemain pasukan remaja menyinar.

Folarin Balogun adalah orang seterusnya yang mencipta jaringan, sebelum Ipswich merapatkan jurang dengan gol saguhati menerusi Sone Aluko.

Folarin Balogun turut menjaringkan gol.

Secara keseluruhannya, ia adalah kemenangan selesa buat The Gunners yang akan berlepas ke Jerman untuk kem latihan pada hari Isnin, perjalanan yang berakhir dengan perlawanan persahabatan menentang Nurnberg pada hari Jumaat, 8 Julai.

Baca: Jadual dan keputusan pramusim Arsenal 2022/23.

Itu akan disusuli dengan tiga perlawanan di Amerika Syarikat, dengan The Gunners meneruskan usaha pembinaan skuad yang mantap bagi menghadapi kempen 2022/23.

Arsenal akan menghadapi perlawanan pembukaan liga menentang Crystal Palace pada hari Sabtu, 6 Ogos (waktu Malaysia).

Arteta turut menurunkan Bellerin pada aksi persahabatan walaupun pemain tersebut dikatakan sedang menunggu tawaran Betis.

Pasukan separuh masa pertama: Bernd Leno, Hector Bellerin, Ben White, Pablo Mari, Cedric, Thomas Partey, Ainsley Maitland-Niles, Sambi Lokonga, Nicolas Pepe, Eddie Nketiah, Reiss Nelson

Pasukan separuh masa kedua: Arthur Okonkwo, Reuell Walters, Alex Kirk, Zach Awe, Lino Sousa, Matt Smith, Salah Oulad M’hand, Charlie Patino, Omari Hutchinson, Folarin Balogun, Marcelo Flores. Pemain pengganti: Jack Henry-Francis, Mazeed Ogungbo

Kredit gambar dan sumber: Arsenal (www.arsenal.com)

Anda boleh menonton rakaman perlawanan persahabatan ini di Arsenal Media.

Post a Comment

Previous Post Next Post