Perpindahan pemain baharu Arsenal dijangka selesai dalam 10 hari

Urusan pembelian dan perpindahan pemain baharu Arsenal dijangka selesai dalam tempoh 10 hari  lagi, walaupun kelab tidak berpuas hati dengan harga perpindahan.

Ketika pemain sayap Sao Paulo, Marquinhos semakin hampir untuk berpindah ke Arsenal, masih terdapat kekesalan daripada kelabnya diatas pemergian pemain itu.

Disebabkan kesilapan dalam kontraknya, pemain muda itu boleh menjadi ejen percuma pada musim panas ini.

Itulah sebabnya Tricolor memilih untuk menjualnya kepada The Gunners pada harga yang rendah, dengan hanya €3.5juta, daripada mereka berputih mata melihatnya pergi tanpa menerima sebarang yuran perpindahan.

Semalam, Globo Esporte memaparkan cerita panjang mengenai proses yang dilalui oleh Sao Paulo untuk Marquinhos memperbaharui perjanjian ini. 

Laman web itu mempunyai akses kepada butiran e-mel dan mendakwa terdapat beberapa percubaan untuk memberinya kontrak baharu untuk dia terus tinggal di Brazil.

Media itu mendakwa percubaan terakhir mereka dibuat pada 3 Mei, dan sepuluh hari kemudian, tawaran Arsenal dilaporkan tiba.

Pada masa itu, Sao Paulo dimaklumkan bahawa sebuah lagi kelab Inggeris hampir menandatangani pra-perjanjian dengan Marquinhos.

Pihak Brazil kemudian memperhebatkan perbincangan untuk pembaharuan dan di tengah-tengah rundingan itu, ejennya Bruno Paiva mengemukakan tawaran Arsenal.

Globo Esporte menulis bahawa kedua-dua Sao Paulo dan Marquinhos akhirnya menerima tawaran The Gunners, dan terdapat jangkaan untuk perjanjian itu dilengkapkan dalam tempoh sepuluh hari lagi, ketika jendela perpindahan Liga Perdana Inggeris dibuka pada 10 Jun.

Tricolor dilaporkan percaya jumlah €3.5 juta adalah 'rendah', tetapi itulah yang mereka ada di meja untuk tidak kehilangannya secara percuma.

Bagi Arsenal, mereka membayar bahagian pertama yuran itu pada bulan Jun dan bayaran kedua pada penggal kedua musim depan.

Dengan Globo Esporte menyebut tentang pra-kontrak Marquinhos dengan kelab Inggeris yang lain, mungkin benar bahawa Wolverhampton Wanderers telah berbincang dengannya, kerana media Brazil sebelum ini pernah melaporkan bahawa Wolves sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap perpindahan Arsenal.

Post a Comment

Previous Post Next Post