Tawaran Arsenal cukup untuk memuaskan kelab.

Tawaran Arsenal menghampiri  €30 juta untuk pemain dan itu sudah cukup untuk memuaskan kelab bagi melakukan jualan.

Walaupun terdapat dakwaan bahawa Alvaro Morata tidak begitu berminat untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris, namun Arsenal masih berusaha untuk menandatangani pemain Sepanyol itu.

Itu menurut Corriere Torino, yang membuat liputan mengenai masa depan penyerang itu, sama ada ia akan kekal berada di Juventus pada masa hadapan atau tidak.

Setakat ini, difahamkan bahawa Old Lady tidak berminat untuk mengekalkan pemain itu bersama mereka, malah begitu juga dengan Atletico Madrid.

Morata semenangnya tidak berada dalam rancangan Diego Simeone di Atletico Madrid dan itu dapat dijelaskan dengan tempoh pinjaman selama dua tahun bersama Juventus dan The Gunners dikatakan mengetuai barisan kelab yang berminat dengannya.

Perkembangan tersebut membawa kepada penjualan yang dilihat sebagai jalan penyelesaian kepada masa depan pemain itu dan perkara tersebut akan dilakukan pada jendela perpindahan musim panas ini.

Susulan itu, Arsenal terus dikaitkan dengan penyerang berusia 29 tahun dengan Mikel Arteta terdesak untuk membawa masuk sekurang-kurangnya seorang penyerang baharu musim panas ini.

Malah, Arsenal telah menghampiri ambang €30 juta untuk mencuba dan menandatanganinya, jumlah yang dilihat sudah cukup untuk memuaskan hati kelab La Liga itu, untuk menerimanya.

Walau bagaimanapun, tanpa aksi Liga Juara-Juara, segala perancangan Arteta telah kehilangan banyak daya tarikan untuk Morata, yang tidak pernah yakin untuk kembali ke London berikutan pengalamannya yang agak trauma di Chelsea.

Sebagaimana laporan sebelum ini, Arsenal sememangnya mampu membayar yuran perpindahan itu, namun pemain belum tentu terbuka untuk berpindah ke Emirates.

Ini mengingatkan kita mengenai perkara sama yang pernah terjadi pada jendela musim panas dengan Arsenal berusaha mendapatkan Dusan Vlahovic.

Post a Comment

Previous Post Next Post