Pemain Real Madrid menjadi objektif besar Arsenal kerana keinginan Arteta yang memerlukan kekuatan serangan.
Tiga hari lalu, Sport melaporkan bahawa Arsenal mahukan Marco Asensio dari Real Madrid dalam apa jua keadaan.
Dengan perjanjian yang akan tamat pada 2023, pemain sayap itu jelas tidak nampak bahawa usahanya untuk memperbaharui perjanjian akan menemui kejayaan apabila, dengan jelas pemenang La Liga itu hanya akan menawarkan gaji yang sama seperti yang diperolehinya sekarang.
Oleh itu, pemain berusia 26 tahun itu boleh menjadi salah seorang pemain yang akan meninggalkan Los Blancos musim panas ini.
Demikian menurut Mundo Deportivo, yang menambah Asensio dan ejennya, Jorge Mendes bersedia untuk bertemu Real Madrid untuk bercakap dan berbincang mengenai masa depannya.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu, boleh - sama ada kekal bersama mereka dan pergi secara percuma pada 2023 atau dijual pada musim panas ini.
Perkembangan itu telah disedari oleh beberapa kelab Eropah, termasuk pasukan dari Liga Perdana Inggeris dan salah satu darinya adalah The Gunners.
Arsenal, Manchester United dan Liverpool adalah pasukan Liga Perdana Inggeris yang paling memberi perhatian kepada pemain itu, yang bernilai €40 juta untuk pasukan Carlo Ancelotti.
Daripada ketiga-tiga kelab tersebut, The Gunners adalah mereka yang mempunyai ataupun meletakkan Asensio sebagai 'objektif besar' dalam jendela yang sedang berjalan.
Mikel Arteta berminat untuk mempunyai rakan senegaranya di Emirates dan telah memaklumkan kepada pemimpin kelab.
Disebabkan ini, Arsenal ‘akan berusaha sedaya upaya’ untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut.
Terdapat khabar angin mengenai The Gunners sanggup membayar €77 juta, yang jauh lebih tinggi daripada yuran €40 juta yang diminta oleh Real Madrid, jadi itu nampaknya tidak mungkin.
Asensio, pemain sayap kanan yang mampu beraksi pada sayap kiri dan tengah, dinilaikan berharga €40 juta oleh Transfermark. |
Buat masa ini, menurut Mundo, pemain Sepanyol itu boleh meninggalkan Real Madrid.
Arsenal berminat untuk menandatanganinya kerana pengurus pasukan, Arteta mahukan pemain sayap itu dan telah memaklumkannya kepada pemimpin kelab.