Menjadi kesalahan untuk menolak tawaran Arsenal.

"Adalah kesalahan untuk mengatakan tidak kepada tawaran Arsenal" – Wartawan berkata kelab tidak boleh menolak tawaran besar daripada Arsenal.

Sejak beberapa hari lalu, Arsenal telah diheret sekali lagi untuk menandatangani bintang Napoli, Victor Osimhen.

Laporan ini mula muncul semula selepas penyerang itu secara terbuka menyatakan bahawa "apa-apa sahaja boleh berlaku pada musim panas ini".

Malah turut mengakui bahawa dia menyedari khabar angin yang mengaitkannya dengan kelab di England dan Sepanyol.

Baca: Osimhen enggan beri komitmen masa depannya kepada Napoli.

There are rumours that are circulating, but anything can happen this summer. First, however, I need to return to my family to relax and refresh myself. - Osimhen via Afrique Sports

Pada 16 Jun, Gazzetta dello Sport melaporkan The Gunners sedang menyediakan tawaran untuk pemain berusia 23 tahun itu.

Ia juga dinyatakan bahawa pasukan Mikel Arteta telah bergerak lebih kukuh berbanding kelab lain untuk mendapatkan pemain antarabangsa Nigeria itu pada jendela perpindahan yang sedang berlangsung ketika ini.

Wartawan Itali, Enzo Bucchioni menulis dalam ruangannya untuk TuttoMercatoWeb, menjelaskan kelab Naples 'tidak senang duduk' dengan komen bekas pemain Lille itu baru-baru ini, mengenai kemungkinan dia akan meninggalkan pasukan Serie A itu.

Penyerang itu dinilai €100 juta oleh pengerusi Napoli, Aurelio De Laurentiis dan itulah harga yang perlu dibayar oleh mana-mana kelab untuk menandatanganinya.

Menurut Bucchioni, jika Arsenal membuat tawaran bernilai atau menyamai jumlah itu, maka ia akan menjadi 'kesalahan untuk mengatakan tidak' kepada tawaran itu, kerana 'undang-undang bolasepak hari ini adalah undang-undang pasaran'.

Wartawan itu menyatakan dia tidak memihak kepada kelab Itali memutuskan hubungan dengan pemain itu, tetapi percaya penjualan Osimhen boleh menyaksikan Napoli melabur semula wang itu [€100 juta] untuk memperkuatkan skuad mereka.

Sebelum ini juga, Napoli Megazine mengatakan 'Arsenal hilang dari radar' setelah 'terkandas' dengan tawaran awal berjumlah €60 juta.

Manchester United juga dilaporkan berminat untuk menandatangani Osimhen.


Post a Comment

Previous Post Next Post