Arsenal dilaporkan telah mengikuti perkembangan pemain untuk jangka masa lama dan berpeluang untuk menandatanganinya Januari ini.
The Gunners berada dalam senarai pasukan yang berminat untuk menandatangani Ibrahima Bamba dari Vitoria Guimaraes pada pasaran musim sejuk, menurut laporan dari Portugal.
Walaupun pemain tengah bertahan itu (defensive midfielder) masih belum mewakili pasukan senior Itali, namun dia telah dipanggil oleh Roberto Mancini untuk kem latihan yang berlangsung awal bulan ini.
Manakala laporan O Jogo edisi Sabtu pula telah menjelaskan bahawa pasukan Liga Primeira memberi kebenaran kepada pemain berusia 20 tahun itu untuk menghabiskan cuti Krismas di negaranya dan kembali ke kelab itu pada awal minggu depan.
Laporan itu kemudiannya menyatakan bahawa pemain Itali itu tidak akan kekal lama di Vitoria Guimaraes.
Itu kerana Arsenal, Paris Saint-Germain, Club Brugge dan Atalanta telah 'mengikuti' dia untuk 'beberapa ketika' dengan sasaran untuk mendapatkannya pada jendela Januari.
Itulah satu-satunya maklumat yang disebut tentang The Gunners.
Pada Oktober lalu, Bamba telah menandatangani perjanjian baharu bersama Vitoria Guimaraes dan kontrak itu berlangsung sehingga 2026.
Walaupun begitu, O Jogo melaporkan Vitoria Guimaraes 'bersedia untuk merundingkan' penjualannya bulan depan jika mereka menerima tawaran mewah dan bertepatan dengan nilai pemain tersebut.
Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan angka atau julat yang boleh meyakinkan kelab Portugal itu untuk melepaskan Ibrahima Bamba.
Julai lalu, kami telah mengulas mengenai minat Arsenal dan angka yang perlu dibayar untuk mendapatkan Ibrahima Bamba selain tentangan yang bakal dihadapi dalam usaha untuk membawanya ke Stadium Emirate.
BACA : Kenali Ibrahima Bamba.