Arsenal keliru dan tidak boleh 'hadam' kenapa tawaran tidak mencukupi.

Arsenal keliru mengapa kelab mahukan sebanyak €100 juta untuk pemain mereka dengan merasakan ia sepatutnya kurang daripada itu.

Tiada lagi rahsia bahawa Arsenal mahu menandatangani Mykhaylo Mudryk di pasaran musim sejuk ini bagi mengukuhkan pasukan Mikel Arteta.

Perkara tersebut telah pun disahkan oleh Penolong Pengarah Sukan Shakhtar Donetsk, Carlo Nicolini, minggu lalu.

Laporan tersebut menyatakan bahawa The Gunners telah membuat bidaan €40 juta dan ditambah dengan bonus, manakala Nicolini pula menegaskan awal minggu ini di mana mereka menilai bintang mereka itu pada harga €100 juta.

"Seperti yang selalu kami katakan, untuk berurusan dengan Mudryk... anda perlu membuat tawaran hebat. 

"Arsenal mungkin telah membuat tawaran sedemikian, tetapi masih perlu dirundingkan. 

"Pemain dijual, yang ingin dijual oleh kelab dan kami percaya tidak lebih kuat daripada Mudryk dengan penilaian sekitar €100 juta, jadi €60 juta tidak mencukupi,” kata Nicolini kepada Calciomercato.

Dua hari lalu, TuttoMercatoWeb melaporkan Arsenal boleh meningkatkan tawaran kepada sekitar €50 juta untuk mendapatkan khidmat pemain antarabangsa Ukraine itu.

Pihak Mikel Arteta, yang masih berminat untuk menandatangani pemain sayap itu bagaimanapun, dilaporkan 'terkejut' dengan pendirian Shakhtar Donetsk untuk melepaskan Mudryk.

Demikian menurut Sportanalytic, yang menyatakan pihak Arsenal masih tidak boleh menrima dan memahami mengapa pasukan Ukraine itu mahukan sebanyak €100 juta untuk pemain berusia 21 tahun tersebut.

Alasan yang digunakan The Gunners untuk penilai (harga) ataupun tawaran mereka terhadap Mudryk adalah kerana pemain itu hanya membuat lapan penampilan untuk Ukraine dan tidak mempunyai pengalaman bermain di lima liga teratas Eropah setakat ini.

Dan pihak pengurusan Arsenal menggunakan dua faktor ini untuk berpendapat harga yang diminta Shakhtar Donetsk sepatutnya lebih rendah daripada € 100 juta (kira-kira £ 88.6 juta).

Ia akan menjadi menarik untuk melihat sama ada Arsenal boleh meyakinkan Shakhtar Donetsk untuk menurunkan permintaan mereka bagi melepaskan pemain tersebut.

Apa yang pasti, kelab Ukraine itu nampaknya berhasrat untuk menjana pendapatan sebanyak itu daripada bintang mereka itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post