Pengurus Spezia, Luca Gotti meluahkan kekecewaannya terhadap perpindahan Jakub Kiwior ke Arsenal, pun begitu beliau telah mengucapkan tahniah kepada pemain itu kerana menyertai pendahulu Liga Perdana Inggeris.
Laporan daripada wartawan Poland, Tomasz Wlodarczyk pada hari Jumaat mendakwa bahawa perjanjian £20 juta antara Arsenal dan Spezia hampir selesai dan dipersetujui.
Malah laporan Football London semalam turut mendakwa bahawa kedua-dua pihak sedang dalam perbincangan lanjut untuk pemain pertahanan tengah berusia 22 tahun itu.
Kiwior sejak itu dilihat dalam perjalanan menuju ke lapangan terbang Itali, untuk perjalanan ke London, dengan wartawan Gol, Charles Watts telah mendedahkan bahawa bintang Poland itu telah bertemu rakan sepasukan baharunya (Arsenal) pada petang ini.
Kehadiran pemain pertahanan tengah berkaki kiri itu ke Arsenal pastinya akan memberi saingan kepada Gabriel Magalhaes di bahagian pertahanan, selain dia juga boleh bermain di bek kiri dan di bahagian tengah bertahan.
Dengan urusan perpindahan hampir selesai, pengurus Spezia sememangnya mempunyai perasaan bercampur-campur mengenai perpindahan itu, tetapi menyimpan kata-kata positif untuk pemain itu sendiri.
Apabila ditanya mengenai perpindahan yang akan berlaku, Gotti, yang merupakan pembantu Maurizio Sarri di Chelsea, menjawab:
"Saya sangat gembira untuk Kiwior dan untuk peluang yang diciptanya.
"Pada masa yang sama, ia adalah jualan terbaik yang kelab pernah ada dan saya berpendapat bahawa kelab juga mungkin gembira." Gotti dipetik berkata melalui Football Italia.
Bagaimanapun, dia menambah: "Saya tidak boleh gembira dengannya.
"Ada jurulatih yang sentiasa merungut dan meminta bantuan untuk penambahbaikan [pembelian baharu].
"Itu bukan saya, tetapi saya sering berada dalam situasi di mana kelab saya menjual dengan untung besar.
"Itu tidak bermakna pemain yang tiba untuk menggantikan mereka lebih teruk, mereka hanya kurang bersedia untuk memberikan persembahan terbaik.
"Ia mengecewakan bagi seorang jurulatih, kerana apabila anda bekerja untuk membina mereka, anda kemudiannya tidak dapat menikmati hasil kerja anda, kerana ia dijual dan anda menekan butang set semula [bermula dari awal - reset]."
Spezia kini akan cuba mendapatkan pengganti dan Gotti pastinya berharap mereka boleh merekrut pemain yang mempunyai profil yang sama dengan Kiwior.
🎥| Defender Jakub Kiwior on his way to London for medicals with Arsenal and to sign contract. Video via @DiMarzio #afc
— Arsenal Buzz (@ArsenalBuzzCom) January 21, 2023
pic.twitter.com/nJOQguTb42
Kiwior akan berusia 23 tahun bulan depan dan dibeli Spezia daripada MSK Zilina pada musim panas 2021, pada harga hanya €2.2 juta.
Pemain pertahanan itu mempamerkan aksi bertenaga dan menyakinkan dalam saingan Serie A untuk mendapatkan tempatnya dalam skuad Piala Dunia Poland di Qatar.
Tugasan mereka seterusnya adalah pada hari Ahad, apabila mereka bertandang ke Roma kendalian Jose Mourinho untuk aksi Serie A.
Lebih memburukkan keadaan menjelang perlawanan menentang pasukan Mourinho itu, Spezia juga telah kehilangan penyerang Nzola akibat kecederaan dalam sesi latihan terbaru.
"Roma sangat berbahaya pada permainan mereka dan mempunyai kualiti yang sangat baik pada serangan balas.
"Mereka menjaringkan 12 gol pada separuh jam terakhir [30 minit terakhir perlawanan], tujuh pada minit penutup, jadi kami perlu memikirkan siapa yang akan memulakan permainan, tetapi juga siapa yang menamatkannya.
Bagaimanapun, itu tidak bermakna Spezia akan berpuas hati dengan keputusan seri menentang Roma.
"Kami mesti pergi ke sana untuk mendapatkan mata. Spezia tidak boleh gembira dengan kekalahan yang terhormat." jelas Gotti lagi.
LIVE TMW - Spezia, Gotti: "Kiwior via, non posso essere contento. Ma sono cose del calcio" https://t.co/IQFJhOcsof
— TUTTOmercatoWEB (@TuttoMercatoWeb) January 21, 2023