Peluang mungkin tidak akan berulang.

Ejen kepada Caicedo dedahkan perasaan pemain setelah gagal dalam perpindahan ke Arsenal, menyifatkan ia adalah impian sepanjang hidup dengan peluang mungkin tidak akan berulang.

Bintang Brighton & Hove Albion, Moises Caicedo tertakluk kepada minat yang kukuh daripada Arsenal menjelang penutupan jendela perpindahan musim sejuk.

Bulan lalu, pemain tengah itu telah menukar ejennya dan kini diwakili oleh Futbol Division

Dengan berbuat demikian, dia berharap ejen baharu itu akan dapat membantunya 'menjauhi' Seagulls.

Diketahui umum bahawa Arsenal telah melakukan beberapa bidaan untuk pemain berusia 21 tahun itu pada lewat jendela Januari, tetapi Brighton terus menolaknya kerana mereka tidak berniat untuk menjualnya.

Akhirnya, The Gunners menamatkan usaha mereka untuk mendapatkan pemain antarabangsa Ecuador itu apabila menandatangani Jorginho dari Chelsea.

Arsenal menandatangani pemain tengah dari Chelsea dalam perjanjian bernilai £12 juta pada hari akhir jendela Januari.

Ejen Caicedo, Manuel Sierra, kini mendedahkan kegagalan pelanggannya itu berpindah ke Arsenal.

"Tawaran telah diterima, anda lihat apa yang ada di atas meja dan Moises berkata bahawa dia mahu berpindah, yang mana itu adalah impian sepanjang hidupnya." Sierra memberitahu Marca90Ec, disampaikan oleh Olé.

"Bahawa ia adalah peluang yang mungkin tidak akan berulang dalam hidup.

Keengganan Brighton untuk membiarkan Caicedo pergi menyaksikan dia mengeluarkan kenyataan di Twitter dan Sierra memberikan pandangannya mengenai pemain itu yang mahu berpindah keluar.

"Dan kami membantu merangka kenyataan itu." jelas ejen itu. 

"Dalam kenyataan itu dia menyatakan hasrat dan rasa terima kasihnya kepada kelab kerana mereka memberinya peluang untuk memenuhi impiannya bermain dalam Liga Perdana Inggeris.

"Kami tidak tahu apa yang boleh berlaku esok, mungkin dia berlatih dan cedera. 

"Kita tidak boleh tahu apa yang akan berlaku."

Skuad kendalian Roberto De Zerbi itu menewaskan Liverpool dalam perlawanan Piala FA hujung minggu lalu dan pemain Amerika Selatan itu diketepikan daripada skuad.

Pada hari Rabu, Tera Deportes menyatakan Brighton tidak mengenakan sebarang hukuman terhadapnya setelah mengeluarkan kenyataan secara terbuka, dan sebaliknya dia diberikan rehat khas.

Perkara itu, kini telah disahkan oleh ejen pemain tersebut.

"Moisés meminta kebenaran kelab untuk menyiarkan kenyataan itu, dia yang tidak berlatih dan dia tidak pergi ke perlawanan kerana mereka memutuskan untuk memberinya cuti hujung minggu. 

"Brighton tidak menjauhinya... Mereka memahami situasi itu dan mereka sangat menyayanginya. 

"Ia adalah perjanjian persetujuan." jelas Sierra.

Post a Comment

Previous Post Next Post