Arsenal telah mengesahkan bahawa mereka telah menandatangani penjaga gol Bayern Leverkusen, Bernd Leno dan dikatakan hampir pasti menandatangani pemain tengah Sampdoria, Lucas Torreira serta pemain pertahanan tengah Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos.
Adakah peruntukan sebanyak £50 juta itu telah digunakan semaksimum mungkin?
Sebelum ini kami melaporkan mengenai perancangan Mislintat untuk urusan perpindahan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini.
Sebelum ini kami melaporkan mengenai perancangan Mislintat untuk urusan perpindahan Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini.
Baca: Pendedahan rancangan perpindahan musim panas oleh Mislintat.
Dan ringkasan adalah seperti berikut:
Posisi | Pemain disasarkan Mislintat | Umur | Kelab | Nilai |
---|---|---|---|---|
Penjaga Gol | Bernd Leno | 26 tahun | Bayer Leverkusen | £22 juta |
Pertahanan Tengah | Caglar Soyuncu | 21 tahun | Freiburg | £35 juta |
Pertahanan Tengah | Sokratis Papastathopoulos | 29 tahun | Borussia Dortmund | £17 juta |
Pemain Tengah | Max Meyer | 22 tahun | Schalke 04 | Percuma |
Pemain Tengah | Jean-Michael Seri | 26 tahun | Nice, Perancis | £35 juta |
JUMLAH
|
£109 juta |
Bagi mengelak kekeliruan anda dinasihatkan membaca terlebih dahulu artikel tersebut.
Namun mengikuti perkembangan semasa mengenai perpindahan yang dikaitkan dengan Arsenal, terdapat beberapa perubahan pada senarai nama yang dikeluarkan sebagaimana diatas.
Senarai terkini menyaksikan terdapat tiga penambahan pemain daripada apa yang disenaraikan diatas (merujuk kepada jadual dibawah).
Dan setakat ini, hanya Lichtsteiner dan Leno sahaja yang telah disahkan secara rasmi menjadi pemain Arsenal.
Dengan pengesahan dua pemain tersebut menjadi milik Arsenal, jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan setakat ini baru mencecah £20 juta (jika benar laporan yang mengatakan nilai perpindahan Leno hanya berjumlah £20 juta) dan masih berbaki £30 juta bagi peruntukan yang diluluskan pihak pengurusan Arsenal.
Dan setakat ini, hanya Lichtsteiner dan Leno sahaja yang telah disahkan secara rasmi menjadi pemain Arsenal.
Dengan pengesahan dua pemain tersebut menjadi milik Arsenal, jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan setakat ini baru mencecah £20 juta (jika benar laporan yang mengatakan nilai perpindahan Leno hanya berjumlah £20 juta) dan masih berbaki £30 juta bagi peruntukan yang diluluskan pihak pengurusan Arsenal.
Bil. | Posisi | Pemain | Kelab Asal | Nilai Perpindahan | Status |
---|---|---|---|---|---|
1 | Penjaga Gol | Bernd Leno | Bayern Leverkusen | £19.2 juta | Selesai |
2 | Pertahanan Kanan | Stephan Lichtsteiner | Juventus | Percuma | Selesai |
3 | Pertahanan Tengah | Caglar Soyuncu | Freiburg | £35 juta | Rumors |
4 | Pertahanan Tengah | Sokratis Papastathopoulos | Borussia Dortmund | £17 juta | Rumors |
5 | Pemain Tengah | Max Meyer | Schalke 04 | Percuma | Rumors |
6 | Pemain Tengah | Jean-Michael Seri | Nice | £35 juta | Rumors |
7 | Pemain Tengah | Lucas Torreira | Sampdoria | £26.4 juta | Rumors |
8 | Pemain Sayap | Gelson Martin | Sporting | £30 juta / percuma | Rumors |
JUMLAH | £162.6 juta /£132.6 juta |
Nilai perpindahan dan pemain berdasarkan khabar angin terkini mengaitkan Arsenal.
Disamping itu, Arsenal turut dikatakan telah menyelasaikan perjanjian perpindahan pemain pertahanan tengah Borussia Dortmund, Sokratis Papastathopoulos dengan anggaran nilai perpindahan berjumlah £17 juta (secara kasar).
Serta turut dikatakan bahawa Arsenal juga telah menyelesaikan perpindahan mendapatkan pemain tengah Sampdoria, Lucas Torreira yang bernilai £26.4 juta.
Bil. | Posisi | Pemain | Kelab Asal | Nilai Perpindahan | Status |
---|---|---|---|---|---|
1 | Penjaga Gol | Bernd Leno | Bayern Leverkusen | £20 juta | Selesai |
2 | Pertahanan Kanan | Stephan Lichtsteiner | Juventus | Percuma | Selesai |
3 | Pertahanan Tengah | Sokratis Papastathopoulos | Borussia Dortmund | £17 juta | Rumors |
4 | Pemain Tengah | Lucas Torreira | Sampdoria | £26.4 juta | Rumors |
JUMLAH | £63.4 juta |
Jika mengambil kira jumlah (nilai) perbelanjaan mengikut laporan media (pelbagai sumber), boleh dikatakan Arsenal telah melepasi bajet ataupun peruntukan sebagaiman dilaporkan sebelum ini yang berjumlah £50 juta apabila telah membelanjakan £63.4 juta untuk empat pemain yang dikatakan telah berjaya ditandatangani Arsenal.
Dan mengambil kira faktor kekuatan skuad (jumlah pemain mengikut posisi), kemasukan Leno sudah pasti bakal menyaksikan posisi penjaga gol bakal dikurangkan.
Ketika ini Arsenal memiliki empat penjaga gol dan kemungkinan salah seorang daripada mereka bakal dilepaskan.
Bil. | Negara | Pemain | Umur | Nilai ketika dibawa masuk | Status |
---|---|---|---|---|---|
1 | Colombia | David Ospina | 29 | £3.2juta | Penjaga gol kedua |
2 | Argentina | Emiliano Martínez | 25 | Dari Akademi | Dipinjamkan ke Getafe |
3 | Czech Republic | Petr Čech | 36 | £10juta | Kapten pasukan ke-3 ( penjaga gol utama) |
5 | England | Matt Macey | 23 | Dari Akademi | Penjaga gol ketiga |
Penulis tidak merasakan bahawa Arsenal sedia melepaskan Cech secara pinjaman ke Napoli.
Ini kerana Cech bakal menamatkan kontrak beliau bersama Arsenal pada penghujung Jun 2019 dan nilai Cech ketika ini dianggarkan hanya bernilai sekitar £2 juta sahaja ditambah dengan umur beliau yang bakal mencecah 37 tahun musim depan, adalah sukar untuk melihat mana-mana kelab sanggup membeli beliau.
Yang paling logik ketika ini adalah melepaskan Ospina. Penjaga gol kedua Arsenal ini dikatakan menjadi perhatian kelab Turki, Fenerbahce yang berminat untuk membawa beliau menyertai mereka musim depan.
Ospina dianggarkan bernilai £4-5 juta dan sudah pasti ini adalah pilihan terbaik buat Arsenal melepaskan pemain ini dan mengekalkan Cech sebagai 'backup' kepada Leno dan Martínez kembali menjadi penjaga gol ketiga Arsenal musim depan.
Dan jika ianya benar, Ospina akan dilepaskan dengan nilai tersebut (£4-5 juta), pun begitu jumlah itu masih gagal mengimbangi peruntukan yang diberikan oleh pihak pengurusan Arsenal dan kemungkinan untuk melihat beberapa pemain lain bakal dilepaskan (dijual) juga masih ada.
Kekosongan yang ditinggalkan oleh Jack Wilshere mungkin bakal diisi oleh Lucas Torreira, dan bagi mengimbangi perbelanjaan berdasarkan peruntukan yang diluluskan, kemungkinan pemain pertahanan sedia ada ketika ini bakal dilepaskan selepas kemasukan Sokratis Papastathopoulos.
Pun begitu, itu semua adalah andaian penulis semata-mata, anda mungkin mempunyai pendapat berbeza.