Barcelona mahukan pertahanan kiri Arsenal, Nacho Monreal.


Mundo Deportivo mendakwa Ernesto Valverde ketika ini tidak berpuas dengan situasi pertahanan kiri di Barcelona dengan Jordi Alba adalah satu-satunya pilihan pemain berpengalaman di kelab itu.


Mereka (Mundo Deportivo) mendakwa bahawa bekas pengurus Athletic Club Bilbao itu sedang mencari pemain pertahanan baru dengan Nacho Monreal dikatakan sebagai pemain sasaran pengendali Barcelona tersebut.

Terdahulu pada bulan Julai, laporan dari Sepanyol mengatakan bahawa Real Sociedad telah pun menghubungi agen pemain berusia 32 tahun itu untuk melihat sama ada mereka boleh menandatangani pemain The Gunners ini yang mana kontraknya di Emirates bakal berakhir pada penghujung musim ini (30 Jun 2019).

Baca: Perpindahan Monreal terlalu mahal.

Dengan kontrak Monreal bakal berakhir pada penghujung musim ini dan tiada sebarang rundingan pembaharuan dijalankan (tiada berita mengenai rundingan kontrak bersama Arsenal dilaporkan), adakah Arsenal sedia melepaskan bekas pemain Malaga ini kepada Barcelona pada jendela perpindahan Januari akan datang?

Petikan laporan Mundo Deportivo.
Sebelum ini juga dilaporkan bahawa pengendali Arsenal, Unai Emery dikatakan mahu mendapatkan pemain Atletico Madrid yang juga merupakan bekas pertahanan Chelsea, Filipe Luis pada jendela perpindahan kedua musim ini (Januari).

Baca: Arsenal mahukan bekas pemain Chelsea sebagai pengganti kepada Monreal.

Adakah Arsenal sedia menjual Nacho Monreal dan mendapatakan Filipe Luis pada jendela perpindahan Januari nanti?

Melihatkan kepada perkembangan ini, boleh dikatakan jodoh Monreal bersama Arsenal bakal berakhir musim ini, dengan paling awal adalah pada jendela perpindahan Januari ini.

Ini kerana kemungkinan besar pihak pengurusan Arsenal bakal menjual beliau daripada melepaskannya secara percuma musim depan, melainkan kelab sanggup menerima 'kerugian' dengan Monreal menjadi ejen bebas.

Namun persoalan menarik, siapakah pengganti Monreal?

Khidmat Sead Kolasinac masih menjadi tanda tanya, adakah pemain ini mampu memenuhi taktikal Emery selain kecederaan yang dihadapi pemain tersebut yang memaksa berehat panjang sehingga November ini.

Dan jika Kolasinac menjadi pilihan utama Emery sekembalinya beliau daripada kecederaan, adakah ini memberi petanda bahawa Monreal bakal dilepaskan pada Januari ini?

Post a Comment

Previous Post Next Post