Henrikh Mkhitaryan dedah dimana Unai Emery telah mengubah budaya Arsenal.

The Gunners menikmati perlawanan tidak terkalahkan di bawah bos baru selepas dua permulaan teruk.



Henrikh Mkhitaryan percaya bahawa 'budaya' di Arsenal telah banyak berubah semenjak kedatangan Unai Emery yang menggantikan Arsene Wenger pada musim panas ini.

Sepanjang tempoh 22 tahun Wenger mengemudikan kelab paling berjaya di London itu, beliau berjaya mencetuskan satu fenomena baru dalam dunia bolasepak Inggeris.

Namun sayangnya, dipenghujung karier beliau di Emirates dipenuhi dengan penolakan dari majoriti penyokong The Gunners setelah menyaksikan Arsenal gagal menempatkan diri dalam kelompok empat pasukan teratas.


Dengan dua musim Arsenal menamatkan saingan didalam kelompok ENAM teratas liga, Wenger akhirnya akur dengan desakan penyokong dengan melepas jawatan yang dipegang beliau melebihi dua dekad itu.




Walau bagaimanapun, ketibaan Unai Emery telah memberikan nafas baru kepada skuad Arsenal sehingga menyaksikan mereka masih belum mengalami kekalahan dalam lima belas perlawanan (kesemua pertandingan).

Arsenal kini memperluaskan rekod tersebut (tanpa kalah) kepada 16 perlawanan selepas mereka mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Wolves lewat malam tadi.

Dan Mkhitaryan percaya, gaya Emery serta hasil yang ditunjukkan telah menjadikan peminat kembali mempercayai (yakin dengan kemampuan Arsenal), ditambah dengan suasana kelab kini jauh lebih positif.

"Bukan perkara besar yang berubah, fakta ia hanya pengurus," kata Mkhitaryan kepada Telegraph mengenai perbezaan antara musim ini dan musim lalu.

"Tetapi budaya juga sedikit berubah di kelab dan juga di luar kelab. Sekarang penyokong percaya lebih mendalam terhadap diri kami kerana kami bermain sedikit berbeza, kami memberikan mereka keyakinan dan bermain cara mereka mahu kami bermain.

"Kami menjaringkan gol, memenangi perlawanan dan ia adalah perasaan terbaik untuk penyokong."


Walaupun mengakui Emery telah banyak mengubah budaya Arsenal ketika ini, namun beliau turut mengakui bahawa pengendali baharu The Gunners itu juga meneruskan apa yang telah ditinggalkan oleh Arsene Wenger.

"Gaya bermain, falsafah bermain," jelas pemain sayap itu ketika ditanya perbezaan diantara kelab di bawah Emery. 

"Tidak banyak tetapi dia baru saja membina berdasarkan apa yang telah dibina oleh Arsene Wenger dalam 22 tahun.

"Pemain telah menerima semua syarat, memenuhi semua apa yang diharapkan Emery daripada kami."

Arsenal kini kekal berada ditangga kelima dalam jadual Liga Perdana Inggeris selepas perlawanan malam tadi (seri 1-1 menentang Wolves) dan ketinggalan lapan mata dari pendahulu liga, Manchester City.



Post a Comment

Previous Post Next Post