Pépé 'keutamaan' Arsenal dengan team Unai Emery telah memantau perkembangan dan profil pemain juga menakjubkan


Pada satu ketika, pemain ini hanya menjadi sasaran kelab-kelab pertengahan seperti Newcastle dan sebagainya.


Namun kini, Nicolas Pépé mula menarik minat beberapa kelab besar termasuklah Barcelona dan Arsenal.

The Gunners telah dilaporkan memburu pemain antarabangsa Ivory Coast ini semenjak September lalu dan pihak Lille turut mendedahkan dimana mereka telah menerima tawaran berjumlah €35 juta tanpa menyatakan kelab mana yang membuat tawaran untuk mendapatkan pemain mereka itu. 


Pun begitu, Lille tidak berminat untuk melepaskan Pepe dalam tempoh terdekat ini apabila mereka telah menyakinkan peminat dan penyokong mereka bahawa akan mengekalkan bintang muda tersebut untuk tempoh sekurang-kurangnya sehingga musim panas akan datang bersama mereka.



Malahan pemain itu sendiri telah membicarakan mengenai situasinya bersama kelab Perancis itu dengan meyakinkan semua pihak bahawa perpindahan Januari bukanlah sesuatu yang beliau mahukan.

BACA: Pepe tidak berminat untuk berpindah

Namun itu semua tidak menghalang Arsenal daripada terus bergerak ke depan dalam usaha mereka untuk membawa Pepe ke Emirates.

Mercato365 pada edisi Ahad lalu mendakwa bahawa pemain berusia 23 tahun ini merupakan 'keutamaan' untuk The Gunners.

Mereka mengulangi bahawa perpindahan Januari kelihatan seperti sesuatu yang sukar dan tidak mungkin akan berlaku namun sebarang tindakan untuk membawa pemain sayap tersebut hanya bakal dilakukan pada musim panas akan datang.

Walaupun Pepe adalah keutamaan buat Emery and co., namun pemain itu bukanlah satu-satunya yang ikuti dan dipantau oleh pihak The Gunners.

Dan juga, bukan sahaja Arsenal yang mengikuti serta memantau pemain ini, beberapa kelab ternama juga turut berminat untuk mendapatkan Pepe sebagaimana laporan sebelum ini.

BACA : Kelab Inggeris berminat dapatkan pemain sasaran The Gunners

Dengan sembilan gol  dan tujuh bantuan gol setakat ini telah dihasilkan beliau dalam 15 perlawanan liga, sudah tentu prestasi beliau menjadi tumpuan kelab-kelab ternama menjelang jendela perpindahan Januari nanti.

Saingan Penampilan Jaringan Bantuan Gol Minit Beraksi
Ligue 1 15 9 7 1,340'
Coupe de la Ligue 1 - - 25'
JUMLAH 2018/19 16 9 7 1,365'

BACA: Harga pemain sasaran Arsenal melambung tiga kali ganda dengan Barcelona turut berminat.

Kemasukan Pepe ke Emirates dilihat mampu mengukuhkan bahagian serangan skuad Emery yang cemerlang membelasah musuh tradisi, Spurs dengan keputusan 4-2 Ahad lalu.

Sebelum ini, laporan turut mengatakan bahawa Arsenal terus berusaha untuk mendapatkan Pepe, namun harga pemain tersebut yang meningkat naik dilihat halangan terbesar buat The Gunners untuk mendapatkan Pepe.

BACA: Arsenal sedia labur € 50 juta untuk dapatkan pemain sayap dan penyerang muda Lille, Nicolas Pepe.

Adakah Arsenal bakal mendapatkan Pepe dan adakah ianya pemain yang diperlukan The Gunners untuk saingan musim depan?

Sekiranya Arsenal beraksi pada saingan Liga Juara-Juara musim depan, sudah tentu squad depth merupakan salah satu perkara yang perlu dipertingkatkan dan dipikirkan Emery serta pihak pengurusan.

Post a Comment

Previous Post Next Post