Penat! Sekejap Arsenal sekejap Inter.

Pemain penat dengan laporan yang mengaitkan perpindahan menyertai The Gunners dan lain-lain.

Awal minggu ini, penjaga gol Ajax, Andre Onana membuat penampilan pertamanya sejak menjalani hukuman penggantungan kerana melanggar peraturan doping.

Kontraknya tamat pada 2022 dan dalam beberapa bulan kebelakangan ini dia telah dikaitkan dengan pelbagai kelab, termasuk Arsenal dan Inter Milan.

Manakala The Gunners pula telah menandatangani Aaron Ramsdale dari Sheffield United pada jendela perpindahan musim panas, baru-baru ini. 

Pemain berusia 23 tahun itu telah berjaya mengatasi Bernd Leno, untuk menjadi penjaga gol pilihan utama di Emirates.

Kontrak Leno akan tamat pada 2023, tetapi kekurangan minit permainan boleh menyebabkan dia berpindah ke tempat lain lebih awal daripada tarikh tamat kontraknya.

Pada 14 November, Gazzetta dello Sport melaporkan kelab Utara London berada dalam kumpulan untuk menandatangani pemain antarabangsa Cameroon itu. 

Enam hari lalu, akhbar yang sama menjelaskan pemain berusia 25 tahun itu ‘baru berkata tidak’ kepada pihak Mikel Arteta.

Onana telah memberi temu bual kepada Ziggo Sport, yang disampaikan oleh Voetbal Primeur, di mana dia menegaskan bahawa laporan baru-baru ini mengatakan dia telah menandatangani kontrak untuk Inter adalah 'karut'.

"Saya sudah lama ingin bercakap tentang ini.

"Saya berada di Salou [untuk latihan individu]," katanya.

“Setiap hari ada artikel tentang saya. 

"Kemudian ia adalah Arsenal, kemudian ia adalah Lyon, pfff... Saya bosan dengannya.

"Media fikir ia harus memberitahu saya tentang kehidupan saya sendiri. 

"Adakah saya mempunyai perjanjian dengan kelab lain?

"Saya masih mempunyai kontrak dengan Ajax. 

"Ia karut.”

Buat masa ini, sukar untuk kita melihat Arsenal akan membeli atau membawa masuk penjaga gol baharu, melainkan Leno benar-benar mahu berpindah keluar.

Dan setakat ini Leno masih berdiam diri mengenai masa depannya bersama Arsenal.

Pun begitu, situasi mungkin berubah sekiranya The Gunners beraksi dalam saingan Eropah musim depan, yang mana ia memerlukan Arteta memiliki barisan pemain sokongan yang mantap bagi menghadapi jumlah perlawanan yang banyak berbanding musim ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post