Ejen Jean-Michael Seri dedah punca mengapa perpindahan ke Arsenal dan Barcelona tidak menjadi. Kredit foto: CaughtOffside |
Jean-Michael Seri masih menjadi sasaran Arsenal walaupun Unai Emery menjadi Ketua Jurulatih baharu.
Gosip perpindahan melibatkan pemain Nice, Jean Michael Seri bersama Arsenal tidak pernah lekang setiap kali menjelang jendela perpindahan terutamanya pada musim lalu (2017/18).
Pemain ini hangat diperkatakan menjelang perpindahan musim panas tahun 2017 sehinggakan dikatakan Arsenal lebih memerlukan pemain ini berbanding Lemar ( Baca disini : Lupakan Lemar, Seri sebagai pilihan).
Dan laporan sebelum ini juga menyebut dimana Arsenal memerlukan ruang (kekosongan pemain) setelah membawa masuk Sead Kolasinac dan Alexandre Lacazette di awal musim 2017/18 sebelum mampu membawa masuk Jean Michael Seri.
Menjelang perpindahan Januari 2018, pemain ini sekali lagi dikaitkan dengan Arsenal setelah Arsene Wenger melepaskan beberapa pemain utama pada jendela perpindahan tersebut.
Namun sehingga berakhirnya era Wenger bersama Arsenal, gosip perpindahan ini masih kekal menjadi gosip (khabar angin) sehingga ke hari ini.
Walaupun pemain ini dikaitkan pada zaman Arsene Wenger menjadi pengurus pasukan, namun menjelang pemilihan pengendali baru Arsenal baru-baru ini, pemain ini sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan menyertai Arsenal.
Laporan dimana Ketua Pengambilan Arsenal, Sven Mislintat dikatakan berminat untuk membawa pemain ini menyertai Arsenal dan meletakkan pemain ini berada dalam senarai pemain yang bakal dibawa masuk beliau musim depan, kembali menghangatkan spekulasi perpindahan yang tidak pernah menjadi kenyataan setakat ini.
Perlantikan mengejut Unai Emery menjadi pengganti Arsene Wenger, diibaratkan sebagai menambahkan 'ajinomoto' dalam gosip perpindahan pemain ini apabila media mula mengatakan bahawa Jean Michael Seri merupakan pemain pertama yang bakal dibawa masuk Emery ke Arsenal.
Unai Emery wants to make Chelsea’s £35m target Jean-Michael Seri his first signing for Arsenal.- Metro
Dalam pendedahan terbaru Sport Witness yang menemu bual ejen kepada pemain itu, mereka telah melaporkan sebab dan punca mengapa perpindahan Seri ini tidak pernah terjadi bersama Arsenal dan juga Barcelona.
Menurut laporan tersebut, ejen pemain itu sememangnya telah berunding bersama Wenger mengenai perpindahan tersebut.
Walaupun Wenger mengakui berminat untuk membawa pemain tersebut menyertai Arsenal namun beliau perlu mengosongkan posisi tersebut (melepaskan pemain tengah didalam skuad sedia ada Arsenal ketika itu) sebelum membawa masuk Seri disamping faktor kekangan kewangan (bajet perpindahan).
Walaupun Wenger mengakui berminat untuk membawa pemain tersebut menyertai Arsenal namun beliau perlu mengosongkan posisi tersebut (melepaskan pemain tengah didalam skuad sedia ada Arsenal ketika itu) sebelum membawa masuk Seri disamping faktor kekangan kewangan (bajet perpindahan).
Unfortunately, Arsenal aren’t the quickest when it comes to the transfer market. It’s true that I met [Wenger], we spoke about it, he said it could interest him. He would have liked there to be more departures in his midfield, because he was aware of the balance of his budget.
Laporan itu turut mendedahkan bahawa pemain itu turut gagal menyertai Barcelona kerana masalah yang timbul dalam rundingan kontrak bersama Barcelona dan Nice yang gagal menemui jalan penyelesaian, lebih-lebih lagi apabila pengendali Barcelona ketika itu, Ernesto Valverde tidak begitu yakin dengan kemampuan Seri.
When I got the offer from Barcelona, I let him know about it, but that doesn’t mean they entered the fray. Unfortunately it didn’t happen with Barcelona because of an ego problem between them and Nice.
Dengan urusan perpindahan Arsenal kini dikendalikan oleh Sanllehi dan Mislintat, mampukan mereka berdua melakukan urusan perpindahan ini dengan pantas?
Ataupun kita bakal sekali lagi dihidangkan dengan alasan tiada kekosongan serta kekangan kewangan (peruntukan perpindahan) sebagaimana sebelum ini pada era Wenger.